The image gallery is empty.

Bismillah.

Alhamdulillah segala puji dan puja hanya bagi ALLAH SWT diatas rahmat yang dikurniakan, dapatlah kami menubuhkan sebuah Charity Shop yang akan dibukan pada 2 Februari 2015 In syaa ALLAH.

 

Charity Shop ini merupakan suatu usaha bersejarah kerana Islamic Charity Society (ICS) merupakan NGO Muslim pertama yang menubuhkan Charity Shop di Pulau Pinang dengan mengunakan konsep menjual barangan terpakai yang disumbangkan kepada kami. Usaha ini merupakan titik permulaan kepada ICS sebagai jalan alternatif menjana kewangan melalui perniagaan bagi menampung kos gerak kerja kebajikan yang semakin meningkat.

 

Alamat Charity Shop kami :

 

35 Lebuh Buckingham,

10200 Georgetown 

Pulau Pinang

 

Waktu operasi :

 

Isnin hingga ahad (kecuali cuti umum)

Jam 10.00 Pagi hingga 6.00 Petang

(Tutup seketika jam 1.00 Petang hingga 2.00 Petang bagi hari sabtu dan ahad hingga khamis manakala 12.30 Tenggahari hingga 2.45 Petang pada hari jumaat)

 

Mudahan usaha ini dipermudahkan oleh ALLAH SWT dan mudahan ICS terus maju dalam usaha gerak kerja kebajikan yang akan terus diperjuangkan secara Istiqamah, Cekap dan Sistematik In syaa ALLAH.