ICS

ICS, singkatan kepada Islamic Charity Society Penang. Ianya adalah sebuah badan NGO (Non Govermental Organisation) yang bertapak di Pulau Pinang. ICS merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar secara rasminya pada 20 Februari 2012 dan bernombor pendaftaran 0415-12-PPG. Semenjak didaftarkan, pelbagai aktiviti kebajikan telah dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai Misi, Visi dan Objektif pertubuhan ini.

 

OBJEKTIF

√        Menjalankan aktiviti kebajikan dengan sistematik dan efektif bagi membantu semua golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.

√        Memupuk semangat sukakan amal kebajikan dan berjiwa murni dikalangan ahli khususnya dan masyarakat umumnya.

 

MISI

√        Membudayakan kerja kebajikan dan nilai murni dikalangan masyarakat.

 

VISI

√        Menjadi sebuah badan kebajikan yang sistematik dan efektif dalam gerak kerja kebajikan serta menyelesaikan masalah golongan yang memerlukan secara akar umbi.

 

MOTO

√        Di sini bermulanya sebuah harapan.

 

AKTIVITI YANG TELAH DAN AKAN DILAKSANAKAN INSYAALLAH.

√        Bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir  miskin, OKU, pesakit kronik, warga tua uzur, ibu tungal, anak yatim, mualaf dan sebagainya.

          Bantuan adalah dari segi kewangan, barangan, bantuan bulanan, sokongan moral, motivasi, membantu mencari peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara hidup, membantu menyediakan tempat tinggal, membantu memohon bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan seperti PUZ dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Membantu menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya.

 

√        Bantuan kemanusiaan bencana alam seperti kebakaran dan sebagainya.

          Bantuan adalah dari segi kewangan, sokongan moral, tenaga contohnya membersihkan dan membaiki rumah yang rosak akibat bencana alam dan sebagainya.

 

√        Bantuan Ramadhan – Membekalkan bantuan makanan berkhasiat kepada golongan miskin dan mereka yang memerlukan sempena menyambut Ramadhan.

 

√        Bantuan Hari Raya – Bagi memastikan golongan miskin dan memerlukan turut menyambut hari raya dengan gembira.

 

√        Membantu golongan gelandangan agar mereka tidak terus mengemis dan merempat di jalanan.

 

√        Program ‘Reachin out’, mengedarkan makanan percuma kepada gelandangan dan mereka yang memerlukan.

 

√        Aktiviti pendidikan seperti program kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menderma darah, kepentingan melakukan kerja kebajikan, dakwah lapangan dan sebagainya.

 

√        Program  kemasyarakatan seperti membersihkan surau, masjid dan lain-lain.