Selamat Datang Ke Laman Utama ICS

 

Islamic Charity Society atau singkatannya ICS merupakan sebuah NGO Islam yang aktif dalam gerak kerja kebajikan dan dakwah berpusat di Pulau Pinang. Kami mengalu-alukan kehadiran saudara saudari sekalian ke laman web rasmi ICS dan marilah mengenali ICS dengan lebih dekat lagi InsyaALLAH. 

 

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt diatas limpah rahmatNYA, ICS telah didaftarkan secara rasmi pada 20 Februari 2012 dengan nombor pendaftaran 0415-12-PPG. Aktiviti ICS memfokuskan kepada kerja kebajikan bagi membantu mereka yang didalam kesusahan dan memerlukan dengan disulami dakwah serta menonjolkan akhlak Islam yang mulia iaitu suka kepada tolong-menolong sesama insan.

 

Kami mengajak seluruh umat Islam bersama ICS menjalankan gerak kerja kebajikan yang lebih berkesan bagi memastikan nasib golongan yang memerlukan lebih terbela tanpa mengira latar belakang dan warna kulit selari dengan kehendak Islam yang benar ini.

 

Mudahan usaha yang sedikit ini dirahmati dan diberkati ALLAH swt.

 

KAEDAH SUMBANGAN

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank rasmi ICS seperti berikut:

1) MAYBANK ISLAMIC
No. Akaun : 5574 3850 0665
Atas nama : Islamic Charity Society Penang

2) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun : 0702 5010 0337 67
Atas nama : Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang

3) BANK SIMPANAN NASIONAL
No. Akaun : 07100-41-00014146-1
Atas nama : Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang 

4) CIMB ISLAMIC BANK
No. Akaun : 8602130161
Atas nama : Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang

SERTAI SAHABAT ICS (SUKARELAWAN ICS)

Ayuh sertai keluarga ICS dengan menjadi Sahabat ICS. Sila hubungi no. telefon Pengurus Kebajikan Daerah kami seperti berikut bagi saudara saudari yg menetap di Negeri Pulau Pinang mengikut daerah tempat tinggal anda.


Barat Daya : 019-4342740 (Raffi)

Timur Laut : 012-5573328 (Jafer)

Seberang Perai Utara : 017-4880204 (Nazri)

Seberang Perai Tengah : 014-2413085 (Kamal)

Seberang Perai Selatan : 017-4474814 (Mohd Zamrie)